Sunday, September 28, 2008

Ziarah Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Kg Kiarong

Function held every year to remembering those had past away and to remind those still livivng that we are also going to join them anytime.... soon.

More pictures.... click here.

Saturday, September 27, 2008

Hari Raya Drinks

Coupons from little brothers.... (not yet redeem)Cartons of drinks from dad's friends... thanks.

Cucul

Masjid Sultan Sir Muda Hj Omar Ali Saifuddien
Cucul

Wednesday, September 24, 2008

MUIB - PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ZAKAT

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ZAKAT

PENGENALAN
  • Pentadbiran dan pengurusan zakat di Negara Brunei Darussalam adalah dibawah bidang kuasa Majlis Ugama Islam, Negara Brunei Darussalam.
  • Didalam Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77 terdapat peruntukan-peruntukan mengenai zakat dan fitrah iaitu bab-bab 114 hingga 121.
  • Pentadbiran dan pengurusan zakat dan fitrah di Negara Brunei Darussalam dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan sempurna apabila satu Peraturan Zakat dan Fitrah 1969 di gubal dan dikuatkuasakan pada 11 Syawal 1389H bersamaan 1 Januari 1969.
  • Pada masa ini pengurusan zakat ini dilakukan oleh salah satu unit di Pejabat Majlis Ugama Islam Brunei iaitu Unit Kutipan dan Agihan Zakat (UKAZ) yang dipertanggungjawabkan bagi mengendalikan proses pengutipan pengumpulan dan pengagihan zakat di negara ini.

PENGURUSAN ZAKAT SECARA UMUM

Unit Kutipan dan Agihan Zakat (UKAZ) merupakan salah satu unit yang ada di bawah Struktur Majlis Ugama Islam Brunei lain-lain unit ialah Unit Mesyuarat, Unit Pentadbiran, Unit Undang-Undang dan Unit Baitul Mal dan wakaf.� Sebelumnya Unit ini dikenali sebagai Baitul Mal, Zakat & Fitrah kemudian Unit Zakat dan Fitrah tetapi mulai 1hb November 1999 nama Unit Kutipan dan Agihan Zakat telah dipersetujui dalam Muzakarah Bulanan Kementerian (MBK Kali ke-9/1999 yang berlangsung pada 09 Rejab 1420 bersamaan dengan 19 Oktober 1999).� Pada masa sekarang, Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit (Pegawai Ugama Kanan, Sukatan Gaji Kumpulan 2 ) yang bertanggungjawab kepada Setiausaha Majlis dalam perkara pentadbiran zakat.

PENGURUSAN ZAKAT SECARA KHUSUS

TATA CARA KUTIPAN ZAKAT

Zakat Fitrah:
Zakat fitrah dikutip melalui amil-amil yang dilantik oleh Majlis Ugama Islam mengikut kawasan masing-masing di daerah Brunei/Muara, Belait/Seria, Tutong dan Temburong. Tempat kutipan zakat ini biasanya dilakukan di masjid, surau dan balai ibadat jika amil-amil tersebut terdiri dari pegawai-pegawai masjid (imam dan bilal) dan di rumah masing-masing jika amil yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan (Penghulu, ketua kampong dan guru ugama) dan pejabat masing-masing (pegawai-pegawai pasukan beruniform (Askar, Polis, Bomba dan Penjara).

Kadar Zakat Fitrah :
Beras Wangi : $2.84 sen
Beras Siam : $1.93 sen

Zakat Harta:
Ia boleh dibuat samada pembayar zakat datang sendiri ke pejabat Unit Kutipan Dan Agihan Zakat atau dibayar melalui amil kawasannya dan amil berkenaan akan menyerahkan ke Pejabat UKAZ dan mendapatkan resit rasmi penerimaan wang zakat untuk diberikan kepada pembayar zakat.

Pembayaran zakat bagi pihak pencarum / penyimpan di Institusi kewangan Islam, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Islamic Bank Of Brunei (IBB) dan Islamic Development Bank of Brunei Berhad (IDBB).

Jenis zakat harta yang diterima:

  • Zakat wang simpanan bermaksud wang disimpan.
    - Akaun simpanan
    - Simpanan tetap
    - Simpanan semasa
    - Simpanan ditangan berbentuk simpanan
  • Zakat perniagaan
  • Zakat emas
  • Zakat perak

TATACARA PEMBAHAGIAN ZAKAT KEPADA ENAM GOLONGAN ASNAF

Zakat Harta dan Zakat Fitrah disimpan dalam satu kumpulan harta yang dinamakan Kumpulan Wang Zakat.Hasil kumpulan zakat yang diterima pada setiap tahun dibahagikan kepada 6 golongan (Asnaf) yang telah ditetapkan dengan jumlah pembahagian yang sama rata.
Jawatankuasa Mengeluarkan Wang Zakat dalam mesyuaratnya pada 16 Ramadhan 1424 bersamaan 11 November 2003 telah bersetuju supaya agihan Wang Zakat pada tahun ini kepada Asnaf Fakir dan Miskin sebagaimana berikut:

Setiap Ketua Keluarga Asnaf Fakir dan Miskin diberi $1,500.00 seorang (iaitu $100.00 daripada kutipan Zakat Fitrah dan $1,400.00 daripada kutipan Zakat Harta).

  • Setiap tanggungan Asnaf Fakir dan Miskin diberi $750.00 seorang (iaitu $50.00 daripada kutipan Zakat Fitrah dan $700.00 daripada kutipan Zakat Harta).
  • Agihan Wang Zakat Harta diberikan sebanyak dua kali; agihan pertama dikeluarkan ketika menyambut Hari Raya Aidil Fitri, dan agihan kali kedua dikeluarkan pada awal Disember bagi membantu Fakir Miskin mengadakan persediaan persekolahan anak-anak mereka seperti membeli buku-buku dan sebagainya.

PROGRAM AGIHAN ZAKAT

Berdasarkan Fatwa Agihan Zakat MUIB merangkumi 6 asnaf sahaja (Berdasarkan Fatwa Mufti Kerajaan Brunei Bilangan (14) dalam MKB 3/1969 bertarikh 1390 bersamaan 01hb September 1970)� dan penekanan kepada asnaf fakir, miskin dan muallaf.

Strategik yang digunakan untuk mengagihkan Kumpulan Wang Zakat adalah dengan adanya program agihan zakat melalui bantuan-bantuan berikut:

Bantuan untuk keperluan asas:

  • Bantuan bulanan,Hari Raya & akhir tahun,
  • Bantuan tempat tinggal (sewa rumah, membina, membaiki dan menyiapkan rumah, bayaran letrik dan air,�
  • Rawatan perubatan termasuk tambang penerbangan, tambang kenderaan ke pusat rawatan
  • Keperluan harian secara bulanan.

Bantuan untuk meningkatkan ekonomi:
- Bantuan bagi menambah hasil pendapatan,

- Peralatan untuk berusaha sendiri,

- Modal perniagaan dan perusahaan secara kecil-kecilan.

Bantuan untuk keperluan pendidikan:

- Bantuan yuran/ pas pelajar,

- Bayaran peperiksaan,

- Tambang kenderaan pergi balik sekolah,
- Pakaian seragam & peralatan sekolah.

Bantuan untuk kepentingan Dakwah dan Syiar Islam:
- Bantuan Al-Gharimin pembinaan dan pemeliharaan masjid, surau dan balai ibadat,
- Bantuan pembinaan pusat kegiatan ugama.
- Bantuan pembinaan Sekolah Ugama.

Bantuan untuk Muallaf :
Bantuan saguhati bagi Muallaf yang baru memeluk agama Islam.
Perbelanjaan kursus Skim Bimbingan Saudara-Saudara Baru.
Bantuan saguhati menunaikan Fardhu Haji kepada Muallaf yang terpilih.

KADAR BANTUAN

Bantuan Bulanan :

Ketua Keluarga - $170.00 / $200.00 seorang

Isteri - $100.00

Anak - $ 60.00 seorang (bersekolah)

Bantuan Keperluan Asasi:

Bantuan berupa makanan dan minuman bagi keperluan sehari-hari dengan jumlah mengikut keperluan setiap keluarga.

Bantuan Perbelanjaan Menjelang Hari Raya Dan Akhir Tahun khasnya bagi membantu perbelanjaan persekolahan:
Kadar bantuan yang diberikan adalah tertakluk kepada jumlah hasil kutipan zakat pada tahun berkenaan. Misalnya pada tahun 1424/2003-2004 setiap fakir miskin adalah menerima bantuan seperti berikut:

-Ketua Keluarga sebanyak $1,500.00 seorang

-Tanggungan sebanyak $750.00 seorang.

Bantuan Perlindungan:

-Bayaran sewa rumah di bawah $500.00 (termasuk bayaran air dan letrik)

-Bantuan rumah yang berharga antara $42,000 - $48,000.00

-Bantuan perbelanjaan bagi membaiki / membeli / menyiapkan rumah iaitu tertakluk kepada jumlah yang tetapkan melalui sebut harga (mengikut keperluan)

Bantuan Keperluan Persekolahan (* Mengikut keperluan dan ketetapan pihak berkenaan di Kementerian Pendidikan):

-Bayaran pengakuan pelajar
-Bayaran persekolahan-Bayaran yuran persekolahan
-Bayaran peperiksaan.
-Bayaran pengangkutan persekolahan
-Peralatan sekolah dan pakaian seragam sekolah

Bantuan Perbelanjaan� Rawatan Perubatan / Kesihatan :

-Bayaran rawatan-Tiket penerbangan bagi pesakit dan seorang pengiring

-Bayaran penginapan

-Bayaran pengangkutan

-Wang saku bagi peaskit dan seorang pengiring ($30.00 sehari bagi tiap-tiap seorang)*Bantuan ini diberikan berdasarkan kes-kes tertentu (case by case)

Bantuan Sertamerta :

1) Bencana Alam

Wang Tunai $200.00 seorang

Keperluan persekolahan bagi anak-anak mangsa

2) Ibnu Sabil:

Tertakluk kepada hajat keperluannya

Bantuan Bagi Muallaf :

1) Saguhati bagi muallaf yang baru memeluk ugama Islam:

14 tahun 7 bulan ke atas :$300.00 tunai, buku dan pakaian ($120.00)

14 tahun 7 bulan ke bawah: Bersekolah: $150.00 tunai dan peralatan sekolah ($150.00 ) /

Tidak bersekolah: $150.00 tunai.

2) Perbelanjaan Kursus Asas Bimbingan dan Lanjutan bagi Saudara-Saudara Baru.
3) Bantuan perbelanjaan bagi menunaikan fardhu haji:

Bayaran bagi mencukupkan bayaran pekej haji setelah ada kurnia tambang haji daripada KDYMM sebanyak $3,500.00.

Bantuan wang saku sebanyak $1,000.00 - $2,000.00 seorang

Monday, September 22, 2008

Tasbih

Given by in-law of my brother back from umrah.

Saturday, September 20, 2008

Kek Tapak Kuda

More cakes being added and some have been delivered (21.09.2008). More ordered are to be make.
Some of the finished renowned kek Tapak Kuda made by my wife. More are in the making. Soon we have to deliver the finished kek to the customers due to inadequate refrigerators space.

Wednesday, September 17, 2008

Cleaning Under the Bike

Cleaning the built up spider web under my bike. Has been quite sometimes did not clean it. You could also notice the right side front tyre is about to worn out. But the centre is still a little bit thicker. Wonder why ha????

Saturday, September 13, 2008

ALPHA CAP



Alpha cap

BALULANG

BE(R)BALULANG SUDAH TULANG BELAKANG. Bahasa Brunei kitani....